info

Kami sedang beralih daripada MT4 kepada MT5. Akaun MT4 sedia ada tidak akan terjejas, tetapi akaun baharu tidak akan disokong pada MT4. Permudahkan pengalaman dagangan anda dan temui ciri-ciri yang dipertingkatkan dan integrasi yang lancar dengan MT5.

close
MATA WANG KRIPTO

Perdagangan mata wang kripto

Berdagang CFD pada mata wang kripto popular berbanding dolar AS dengan spread yang kompetitif.

Trading Bitcoin Icon

Bitcoin dan Bitcoin Cash

Dengan menggunakan platform MetaTrader 4 dan 5, anda boleh berdagang CFD Bitcoin daripada komputer riba, peranti mudah alih dan tablet anda dengan spread daripada $40 USD untuk Bitcoin dan $0.80 USD untuk Bitcoin Cash.

Ethereum and Litecoin

Ethereum dan Litecoin

Berdagang dua altcoin utama, Ethereum dan Litecoin, berbanding dolar AS dengan spread serendah $2.80 USD untuk Ethereum dan $0.60 USD untuk Litecoin.

More coins_2

Lebih banyak kripto

Kami menawarkan mata wang kripto yang popular termasuk Binance Coin, Cardano, Chainlink, Dogecoin, Polkadot dan Uniswap. Kami menawarkan semua ini sebagai CFD berbanding dolar AS.

Mata wang kripto

Apakah itu mata wang kripto?

Mata wang kripto merupakan satu bentuk mata wang digital yang boleh diniagakan dan digunakan untuk membayar sesuatu barang atau perkhidmatan. Nilainya ditentukan oleh bekalan dan permintaan – yang menjadikan ia sangat spekulatif dan tidak dapat diramalkan.

Peningkatan populariti mata wang kripto

Mata wang kripto lahir daripada budaya kontra – keinginan untuk berdagang dalam mata wang yang tidak dikawal selia oleh mana-mana bank pusat atau dipengaruhi oleh mata wang negara dan peristiwa ekonomi utama.

Kripto menggunakan teknologi lejar teragih atau blok rantai bagi mengekalkan rekod awam untuk semua transaksi. Token atau syiling boleh dijual beli dan disimpan dalam dompet digital, sama ada dalam talian melalui pertukaran seperti Binance, atau di luar talian ‘dalam storan sejuk’ pada pelayan.

Apabila Bitcoin pertama kali dilancarkan pada tahun 2009, kebanyakan institusi kewangan berfikir ia hanyalah merupakan satu kejayaan yang singkat secara tiba-tiba dan tidak lebih daripada itu. Sembilan tahun kemudian Bitcoin dan banyak mata wang kripto lain jatuh dan mereka yang skeptik berasa bahawa sangkaan mereka tepat. Namun, kripto telah melonjak kembali dan pada tahun 2020, Bitcoin melonjak kepada lebih daripada $60,000 USD setiap syiling. Ia melepasi paras ini sekali lagi pada bulan Oktober 2021. Walaupun terdapat dua jualan utama pada musim bunga dan musim panas 2021, Bitcoin dan mata wang kripto utama lain menunjukkan tanda-tanda kemunculan semula yang pantas dan ramai peminat kripto, termasuk Penasihat Global Fundstrat iaitu Tom Lee, meramalkan titik harga $100,000 USD untuk Bitcoin sebelum permulaan tahun 2022.

Apakah itu perdagangan mata wang kripto?

Syiling atau token melibatkan pembelian sebahagian kecil daripada Bitcoin, sebagai contoh, dan pemegangan pelaburan tersebut dalam dompet digital sehingga anda mahu melakukan jualan. Manakala mata wang kripto sebagai CFD diniagakan berbanding dolar AS, sama seperti anda berdagang forex CFD. Kami menawarkan 12 mata wang kripto yang popular:

  • Bitcoin (BTC/USD)
  • Bitcoin Cash (BCH/USD)
  • Ethereum (ETH/USD)
  • Litecoin (LTC/USD)
  • Binance Coin (BNB/USD)
  • Cardano (ADA/USD)
  • Chainlink (LINK/USD)
  • Dogecoin (DOGE/USD)
  • Polkadot (DOT/USD)
  • Uniswap (UNI/USD)
  • Avalanche (AVAZ/USD)
  • Polygon (MATIC/USD)
  • Solana (SOL/USD)
Cryptocurrency trading image
Berikut adalah beberapa ciri utama perdagangan mata wang kripto:
  • Anda boleh berdagang jangka panjang dan pendek
  • Berdagang tanpa memiliki syiling yang anda dagangkan
  • Ketaktentuan. Mata wang kripto sering bergerak lebih pantas berbanding mata wang tradisional
  • Perdagangan 24/7 apabila pasaran dibuka
  • CFD menggunakan leveraj yang memperbesar keuntungan dan kerugian

Pengurusan risiko

Disebabkan mata wang kripto begitu mudah berubah, anda perlu melindungi keuntungan anda dan menguruskan risiko dengan menambah henti rugi kepada perdagangan anda. Perhatikan margin anda dan ketahui bahawa leveraj juga boleh menjadi halangan dengan cepat sama seperti ia boleh membantu anda.

Cara untuk berdagang mata wang kripto dengan OANDA

Berdagang nama-nama besar dalam kripto - Bitcoin, Bitcoin Cash, Ethereum, Litecoin, Binance Coin, Cardano, Chainlink, Dogecoin, Polkadot, dan Uniswap - pada MT5. Susun atur yang boleh disesuaikan, perdagangan melalui carta, pelbagai pemalam, antara muka yang intuitif dan banyak lagi. Perdagangan tersedia pada akaun langsung dan demo.

Sudah bersedia untuk mula berdagang? Buka akaun dalam beberapa minit

Sudah mempunyai akaun dagangan langsung? Membiayai akaun anda adalah mudah menggunakan salah satu kaedah pembayaran berikut.

Logo Pemindahan Bank Logo Pemindahan Wayar Visa Logo Mastercard Logo Neteller logo Skrill logo

Soalan lazim

add

Adakah perdagangan mata wang kripto mudah turun naik?

Mata wang kripto adalah aset tidak terkawal yang mudah turun naik, yang bermaksud harganya boleh bergerak ke atas atau ke bawah dengan cepat. Jadi, jika anda berdagang secara baik, ia mungkin kelihatan mudah untuk mendapat keuntungan dengan berdagangkan kripto. Perkara yang perlu anda ingat adalah kerugian wang pada perdagangan kripto adalah amat mudah - serta cepat. Jadi, pastikan anda menggunakan henti rugi pada semua perdagangan kripto anda.

add

Apakah pasangan mata wang kripto?

Pasangan mata wang kripto adalah aset yang boleh diniagakan untuk satu sama lain atau berbanding mata wang utama seperti dolar AS sebagai tukaran — contohnya Bitcoin berbanding dolar AS (BTC/USD) Bitcoin/Litecoin (BTC/LTC) dan Ethereum/Bitcoin Cash (ETH/BCH). Untuk perdagangan pasangan, anda perlu mempunyai pengetahuan tentang kedua-dua mata wang dan kekuatannya di pasaran.

add

Bagaimanakah saya mula berdagang mata wang kripto?

Kami menawarkan perdagangan CFD untuk mata wang kripto yang popular termasuk Bitcoin, Bitcoin Cash, Ethereum, Litecoin, Binance Coin, Cardano, Chainlink, Dogecoin, Polkadot, Solana dan Uniswap.

Apabila anda berdagang kripto ini, anda berdagang sebagai pasangan dengan dolar AS. Ini bermakna anda boleh berdagang jangka panjang atau pendek. Mulakan dengan membuka kedudukan kecil, kemudian tingkatkan kedudukan sambil anda memahami tentang ketaktentuan pasangan yang anda pilih untuk berdagang.

add

Apakah cara yang terbaik untuk berdagang mata wang kripto?

Berdagang mata wang kripto lazimnya bermaksud bahawa anda berdagang syiling kripto atau token berbanding dolar AS. Memandangkan kripto adalah mata wang yang sangat mudah berubah, kami syorkan anda bermula dengan saiz perdagangan yang kecil, letakkan henti rugi pada perdagangan anda dan fahami cara perdagangan sebelum meningkatkan perdagangan.

add

Apakah perbezaan antara perdagangan syiling kripto dan pasangan semerta?

Apabila anda melabur dalam syiling kripto, anda membeli, kemudian memegang atau menjual syiling tersebut pada masa akan datang, lazimnya pada masa hadapan. Sama seperti aset berharga seperti emas, ia lebih kepada pelaburan, bukan perdagangan. Apabila anda berdagang kripto sebagai pasangan semerta - iaitu berbanding dolar AS - anda membuat spekulasi tentang aset dasar berbanding dengan pemilikannya. Anda juga boleh memendekkan jangka pasangan.

add

Apakah mata wang kripto yang terbaik untuk diperdagangkan?

Ini bergantung sepenuhnya kepada kelakuan mata wang kripto secara umum pada masa anda ingin berdagang, juga berdasarkan pasangan kripto yang anda minati. Oleh yang demikian, tiga pasangan mata wang kripto yang paling popular disenaraikan di bawah:

  • BTC/USD - Bitcoin (BTC) berbanding dolar AS
  • ETH/USD - Ethereum (ETH) adalah mata wang kripto kedua terbesar selepas Bitcoin
  • LTC/USD - Litecoin (LTC) diniagakan berbanding dolar AS
add

Apakah yang menggerakkan pasaran mata wang kripto?

Terdapat banyak teori tentang perkara yang menggerakkan pasaran mata wang kripto. Boleh dikatakan bahawa Bitcoin dan kripto yang lain dilihat sebagai lindung nilai dolar yang susut dan kemerosotan ekonomi global akibat pandemik. Harga kripto juga naik dengan mendadak disebabkan media dan pedagang runcit bergerak dengan cepat untuk sama-sama bertindak.

Semasa Bitcoin jatuh sebanyak dua kali pada tahun 2021, pakar berpendapat bahawa dengan kewujudan vaksin, orang ramai mempercayai bahawa pasaran akan pulih dengan cepat - dan dengan itu Bitcoin dan mata wang kripto yang lain kehilangan daya tarikannya. Ada juga yang berpendapat bahawa antipati kerajaan China terhadap Bitcoin turut menyumbang kepada ketidakpastian dalam ruang kripto. Boleh juga dikatakan bahawa harga Bitcoin turun disebabkan pedagang mengambil keuntungan.

Konsensus umum adalah bahawa mata wang kripto akan kekal di sini dan bersedia untuk menyambung semula prestasinya yang baik ke masa hadapan, didorong oleh media dan pembelian mata wang kripto terkemuka secara besar-besaran oleh bank.

Akses ratusan instrumen CFD

Kami menawarkan harga CFD pada saham, indeks, pasangan forex, komoditi dan logam. Spread kami bermula daripada hanya 0.6 pip pada EUR/USD, dengan margin daripada 5% pada saham utama.

Tiga cara untuk berdagang

Akses MetaTrader daripada peranti desktop anda. Anda juga boleh berdagang menggunakan aplikasi mudah alih fxTrade untuk peranti mudah alih dan tablet.

Manfaatkan MetaTrader

MetaTrader 5 ialah salah satu platform perdagangan yang paling banyak digunakan di dunia. Susun atur yang boleh disesuaikan, pelbagai pemalam, antara muka yang intuitif dan banyak lagi.