Lakukan langkah seterusnya dengan menggunakan platform yang hebat dan dapatkan akses kepada mata wang kripto yang popular.
Bitcoin dan Bitcoin cash
Dengan menggunakan platform MetaTrader 5, anda boleh berdagang CFD Bitcoin daripada komputer riba, peranti mudah alih dan tablet anda dengan spread yang kompetitif.
Ethereum dan Litecoin
Berdagang dua altcoin utama iaitu Ethereum dan Litecoin, berbanding dolar AS dengan spread yang kompetitif.
Lebih banyak kripto
Kami menawarkan 18 mata wang kripto secara keseluruhan. Ini termasuk Binance Coin, Cardano, Chainlink, Dogecoin, Polkadot, EOS, Stellar, Tezos dan Uniswap. Kami menawarkan altcoin sebagai CFD berbanding dolar AS.
Mata wang kripto merupakan satu bentuk mata wang digital yang boleh didagang dan digunakan untuk membayar sesuatu barang atau perkhidmatan. Bekalan dan permintaan menentukan nilainya – yang menjadikan ia sangat spekulatif dan tidak dapat diramal.
Lihat mata wang kripto yang kami tawarkan dalam jadual di bawah.

Syiling atau token melibatkan pembelian sebahagian kecil daripada Bitcoin (sebagai contoh) dan memegang pelaburan tersebut dalam dompet digital sehingga anda mahu melakukan jualan. Mata wang kripto sebagai CFD didagangkan berbanding dolar AS, sama seperti anda berdagang forex CFD.
Anda boleh berdagang semua nama besar dalam kripto di MT5. Anda juga akan menikmati susun atur yang boleh disesuaikan, perdagangan melalui carta, pelbagai pemalam, antara muka yang intuitif dan banyak lagi. Tersedia pada akaun langsung dan demo.
Mata wang kripto lahir daripada budaya kontra – keinginan untuk berdagang dalam mata wang yang tidak dikawal selia oleh mana-mana bank pusat atau dipengaruhi oleh mata wang negara dan peristiwa ekonomi utama.
Kripto menggunakan teknologi lejar teragih atau blok rantai untuk mengekalkan rekod awam untuk semua transaksi. Token atau syiling boleh dijual beli dan disimpan dalam dompet digital, sama ada dalam talian melalui pertukaran seperti Binance, atau di luar talian ‘dalam storan sejuk’ pada pelayan.
Apabila Bitcoin pertama kali dilancarkan pada tahun 2009, kebanyakan institusi kewangan berfikir ia hanyalah merupakan satu kejayaan yang singkat secara tiba-tiba dan tidak lebih daripada itu. Sembilan tahun kemudian, Bitcoin dan banyak mata wang kripto lain jatuh dan mereka yang skeptik berasa bahawa sangkaan mereka tepat. Namun, kripto telah melonjak kembali dan pada tahun 2020, Bitcoin melonjak kepada lebih daripada $60,000 USD setiap syiling. Ia melepasi paras ini sekali lagi pada bulan Oktober 2021.
Walaupun terdapat dua jualan utama pada musim bunga dan musim panas 2021, Bitcoin dan mata wang kripto utama lain menunjukkan tanda-tanda kemunculan semula yang pantas. Ramai peminat kripto, termasuk Penasihat Global Fundstrat iaitu Tom Lee, meramalkan titik harga $100,000 USD untuk Bitcoin sebelum permulaan tahun 2022.
Disebabkan mata wang kripto begitu mudah berubah, anda perlu melindungi keuntungan dan mengurus risiko dengan menambah henti rugi kepada dagangan anda. Pantau margin anda dan ketahuilah bahawa selain membantu anda, leveraj juga boleh menjadi halangan anda.
Sudah ada akaun dagangan langsung? Pembiayaan akaun adalah mudah dengan menggunakan salah satu daripada kaedah pembayaran berikut.






Mata wang kripto adalah aset tidak terkawal yang mudah turun naik. Ini bermaksud harganya boleh bergerak ke atas atau ke bawah dengan cepat. Jadi, jika anda berdagang dengan betul, mungkin mudah untuk mendapat keuntungan daripada dagangan kripto. Namun, amat mudah juga untuk kerugian wang daripada dagangan kripto - dan ia berlaku dengan pantas. Jadi, pastikan anda menggunakan henti rugi pada semua dagangan kripto anda.
Pasangan mata wang kripto adalah aset yang boleh didagangkan untuk satu sama lain atau berbanding mata wang utama seperti dolar AS sebagai tukaran — contohnya Bitcoin berbanding dolar AS (BTC/USD) Bitcoin/Litecoin (BTC/LTC) dan Ethereum/Bitcoin Cash (ETH/BCH).
Untuk berdagang sesuatu pasangan, anda perlu mempunyai pengetahuan tentang kedua-dua mata wang itu serta kekuatannya di pasaran.
Kami menawarkan perdagangan CFD dalam beberapa mata wang kripto: Bitcoin, Bitcoin Cash, Ethereum, Litecoin, Binance Coin, Cardano, Chainlink, Dogecoin, Polkadot, EOS, Stellar, Tezos dan Uniswap.
Apabila anda berdagang kripto ini, anda berdagang sebagai pasangan dengan dolar AS. Ini bermakna anda boleh membeli atau menjual. Mulakan dengan membuat pesanan kecil, kemudian tingkatkan pesanan sambil memahami tentang ketaktentuan pasangan yang anda pilih untuk berdagang.
Dagangan mata wang kripto lazimnya bermaksud bahawa anda berdagang syiling kripto atau token berbanding dolar AS. Memandangkan kripto adalah mata wang yang sangat mudah berubah, kami syorkan anda bermula dengan saiz dagangan yang kecil. Letakkan henti rugi pada dagangan anda dan lihat prestasi dagangan anda sebelum meningkatkannya.
Apabila anda melabur dalam syiling kripto, anda membeli, kemudian memegang atau menjual syiling tersebut pada satu tarikh akan datang, lazimnya pada masa hadapan. Sama seperti aset berharga seperti emas, ia lebih kepada pelaburan, bukan perdagangan. Apabila anda berdagang kripto sebagai pasangan semerta - iaitu berbanding dolar AS - anda membuat spekulasi tentang aset dasar berbanding dengan pemilikannya. Anda juga boleh menjual pasangan itu.
Ini bergantung sepenuhnya kepada kelakuan mata wang kripto pada masa anda ingin berdagang dan juga pasangan kripto yang anda minati. Tiga pasangan mata wang kripto paling popular disenaraikan di bawah:
- BTC/USD - Bitcoin (BTC) berbanding dolar AS
- ETH/USD - Ethereum (ETH) adalah mata wang kripto kedua terbesar selepas Bitcoin
- LTC/USD - Litecoin (LTC) didagangkan berbanding dolar AS
Terdapat banyak teori tentang perkara yang menggerakkan pasaran mata wang kripto. Boleh dikatakan bahawa Bitcoin dan kripto yang lain dilihat sebagai lindung nilai dolar yang susut dan juga kemerosotan ekonomi global akibat pandemik. Harga kripto juga naik dengan mendadak disebabkan media dan pedagang runcit bergerak dengan cepat untuk sama-sama bertindak.
Semasa Bitcoin jatuh sebanyak dua kali pada tahun 2021, pakar berpendapat bahawa dengan kewujudan vaksin, orang ramai percaya bahawa pasaran akan pulih dengan cepat - dan dengan itu, Bitcoin dan mata wang kripto yang lain kehilangan daya tarikannya. Ada juga yang berpendapat bahawa antipati kerajaan China terhadap Bitcoin turut menyumbang kepada ketidakpastian dalam ruang kripto.. Boleh juga dikatakan bahawa harga Bitcoin turun kerana pedagang mengambil keuntungan.
Konsensus umum adalah bahawa mata wang kripto akan kekal wujud dan bersedia untuk menyambung semula prestasi baiknya ke masa hadapan, dengan dorongan media serta pembelian mata wang kripto terkemuka secara besar-besaran oleh bank.
Dengan lebih 25 tahun pengalaman, Kumpulan OANDA menawarkan pelbagai alatan terkemuka, platform yang mantap dan harga yang telus.
Akses ke pelbagai instrumen CFD
Kami menawarkan harga CFD pada saham, indeks, pasangan forex, komoditi, kripto dan logam. Spread kami juga kompetitif.
Tiga cara untuk berdagang
Pilih daripada pelbagai platform terkemuka, termasuk TradingView, MetaTrader dan aplikasi mudah alih untuk iOS dan Android kami.
Manfaatkan MetaTrader
MetaTrader 5 ialah salah satu platform perdagangan yang paling banyak digunakan di dunia. Nikmati susun atur yang boleh disesuaikan, pelbagai pemalam, antara muka yang intuitif dan banyak lagi.