Kontrak untuk Perbezaan (CFD) ialah kontrak tunai tanpa tarikh luput. Sebagai terbitan, pedagang tidak memiliki aset. Namun, mereka boleh membuat spekulasi mengenai pergerakan harganya. Ini mengurangkan keperluan untuk pemilikan fizikal serta kos dan logistik yang berkaitan. Berikut ialah beberapa faedah perdagangan CFD indeks:
Leveraj
Dengan CFD, anda boleh berdagang pada margin dan mengawal pesanan yang lebih besar dengan jumlah modal yang lebih kecil. Ini meningkatkan potensi untung dan rugi. Maka, penting untuk anda memahami semua risiko yang terlibat.
Saiz dagangan yang fleksibel
Anda boleh memilih saiz dagangan anda sendiri. Ini menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pelabur kecil dan besar. Sebagai contoh, jika anda berdagang 0.01 unit dan Nasdaq didagangkan pada AS$10,000, maka anda boleh membuat pesanan minimum berjumlah AS$100 sahaja.
Kecairan
Anda boleh berdagang CFD pada pelbagai pasaran cair. Ini memudahkan anda untuk membuat atau menghentikan kedudukan. Ini amat berguna untuk aset dengan kecairan yang lebih rendah di pasaran tradisional.
Lihat spread dan margin bagi indeks kami yang paling popular.
Kadar margin bertingkat mungkin terpakai*
Indeks (juga dikenali sebagai indeks saham) mewakili nilai sekumpulan aset atau saham yang tersenarai di bursa tertentu. Indeks kewangan utama termasuk Dow Jones Industrial Average, ASX 200, Hang Seng, CN50 dan Straits Times Index. Indeks yang berbeza mempunyai kriteria tersendiri untuk menentukan saham konstituen.
Dow Jones
Indeks Dow Jones mewakili 30 syarikat tersenarai awam besar yang didagangkan di Bursa Saham New York yang diukur dengan harga.
FTSE 100
FTSE 100 mewakili 100 syarikat perdana terbesar di UK yang diukur dengan permodalan pasaran.
Perdagangan CFD di OANDA
Di OANDA, kami menawarkan CFD pada kebanyakan indeks global utama, termasuk AU200, HK50, CN50 dan SG30.
Kenaikan dan penurunan harga
Apabila harga saham yang tersenarai pada indeks meningkat, harga indeks turut meningkat. Apabila harga saham yang tersenarai pada indeks turun, nilai indeks turut jatuh.
Membeli atau menjual indeks secara langsung adalah mustahil. Di OANDA, anda boleh berdagang indeks sebagai CFD. Kami memperoleh indeks daripada harga instrumen dasar. Buat pesanan pada UK 100 dan DE40 dengan spread yang kompetitif.
Penyedia kecairan dan harga
Enjin harga kami mengagregatkan harga langsung, secara langsung, daripada penyedia kecairan kami dan mengira titik tengah. Secara automatik, algoritma harga tersuai mengira spread secara simetri di sekitar titik tengah untuk setiap instrumen boleh niaga. Titik tengah ini turun naik sepanjang hari apabila harga pasaran berubah.
Pelaksanaan pantas
Platform MetaTrader 5 direkayasa untuk kebolehpercayaan dan kepantasan. Ini penting terutamanya semasa tempoh ketaktentuan yang tinggi iaitu apabila harga boleh bergerak dengan pantas. Muat turun aplikasi ke komputer meja anda, log masuk terus daripada pelayar web atau akses aplikasi melalui peranti mudah alih atau tablet anda.
Caj dan fi yang telus
Kami memaklumkan mengenai fi dan caj kami, jadi anda sentiasa tahu tentang jumlah sebenar yang anda bayar apabila berdagang dengan kami. Lihat halaman fi dan caj kami untuk mengetahui tentang kos untuk mendeposit dan mengeluarkan dana, pindahan kawat bank, spread, fi ketidakaktifan dan banyak lagi.
Sudah ada akaun dagangan langsung? Pembiayaan akaun adalah mudah dengan menggunakan salah satu daripada kaedah pembayaran berikut.






Dengan lebih 25 tahun pengalaman, Kumpulan OANDA menawarkan pelbagai alatan terkemuka, platform yang mantap dan harga yang telus.
Akses ke pelbagai instrumen CFD
Kami menawarkan harga CFD pada saham, indeks, pasangan forex, komoditi, kripto dan logam. Spread kami bermula daripada hanya 0.6 pip pada EUR/USD, dengan margin bermula daripada 5% pada saham utama (major).
Tiga cara untuk berdagang
Pilih daripada pelbagai platform terkemuka, termasuk TradingView, MetaTrader dan aplikasi mudah alih untuk iOS dan Android kami.
Perdagangan CFD saham
Buat pesanan pada nama-nama besar di AS termasuk Amazon, Nike, Netflix dan Coca-Cola, serta saham tersenarai di UK dan EU.