Memahami margin dan leveraj

Buat pesanan dengan mendepositkan hanya sebahagian kecil daripada nilai penuh dagangan anda.

Margin

Dagangan margin membolehkan anda memanfaatkan dana dalam akaun untuk menjana keuntungan yang lebih besar dengan mendepositkan hanya sebahagian kecil daripada nilai penuh dagangan anda. Ini bermaksud anda boleh membuat pesanan yang lebih besar daripada baki akaun anda. Walau bagaimanapun, kelemahannya ialah anda juga boleh mengalami kerugian yang ketara jika dagangan bergerak melawan anda.

Margin ialah deposit penuh percaya atau bon prestasi. Dalam dagangan berleveraj, jumlah margin dipegang dalam deposit oleh kami, penyedia platform anda, semasa dagangan dibuka. Walaupun tiada deposit margin minimum diperlukan untuk membuka akaun dagangan dengan OANDA, margin yang tersedia dalam akaun anda akan menentukan saiz pesanan yang boleh anda buka.

Ingat, apabila berdagang pada margin, keuntungan dan kerugian boleh diperbesar. Pertimbangkan objektif kewangan, tahap pengalaman dan kesanggupan risiko dengan teliti sebelum anda mula berdagang pada leveraj.

Leveraj

Leveraj yang ada dalam OANDA Global Markets ialah 200:1 atau lebih rendah. Lihat senarai penuh instrumen, leveraj dan marginnya di sini.

Leveraj juga berbeza-beza, bergantung pada tingkat margin yang terpakai. Semua instrumen kami mempunyai tingkat margin. Secara amnya, ia bermaksud, semakin besar pesanan anda pada saiz tertentu, semakin tinggi kadar margin yang terpakai. Kadar margin yang berbeza mungkin digunakan bergantung pada saiz pesanan anda. Semakin meningkat saiz pesanan anda, semakin tinggi kadar margin tambahan secara bertingkat.

Walaupun OANDA menawarkan instrumen berbeza dengan keperluan margin yang berbeza, anda mempunyai kawalan penuh ke atas saiz dagangan yang ingin anda buka. Anda juga boleh menguruskan risiko dengan melaraskan saiz dagangan dengan sewajarnya. Semakin besar jumlah dana tersedia yang anda gunakan dalam perdagangan, lebih besar risikonya. Pedagang yang berpengalaman tidak akan mempertaruhkan semua dana mereka pada mana-mana dagangan tunggal.

Sudah bersedia untuk berdagang?

Buka akaun dalam masa beberapa minit sahaja.

bank-transfer
ogm-wise-logo
ogm-visa
ogm-mastercard
ogm-neteller
og-skrill
Soalan lazim
Jawapan pintar kepada soalan-soalan biasa.

Bagaimanakah saya boleh lindungi pesanan saya apabila berdagang pada margin?

Platform OANDA Trade menyokong dagangan margin. Ini bermaksud anda boleh membuat pesanan yang lebih besar daripada baki akaun anda. Satu kelebihan dagangan berasaskan margin ialah anda boleh memanfaatkan dana dalam akaun dan menjana keuntungan besar berbanding jumlah yang dilaburkan. Kelemahannya ialah peluang untuk rugi besar pada akaun anda adalah sama. Gunakan pesanan henti rugi untuk mengehadkan potensi kerugian apabila menggunakan leveraj.

Pesanan henti rugi tidak terjamin; jurang dalam harga pasaran boleh menyebabkan pesanan henti rugi anda diisi pada harga yang kurang berfaedah.

Dipercayai oleh pedagang di seluruh dunia

Dengan lebih 25 tahun pengalaman, Kumpulan OANDA menawarkan pelbagai alatan terkemuka, platform yang mantap dan harga yang telus.

bulb gold

Berdagang lebih, dapat lebih

Khusus untuk pedagang bervolum tinggi, akaun Pedagang Premium kami memberikan anda lebih banyak ganjaran apabila anda berdagang lebih banyak. Nikmati spread atau kadar volum yang sangat baik, pengurus perhubungan khusus, pembayaran balik yuran pindahan kawat dan banyak lagi.

Exchange - Pound to Euro

Berdagang CFD forex

Dagangkan CFD pada pasangan forex utama (major) dan kecil (minor), termasuk EUR/USD bermula daripada 0.6 pip. Buat pesanan menggunakan platform MetaTrader 5.

Coin Hand

Mendeposit dan mengeluarkan dana

Mudah sahaja untuk depositkan dan keluarkan dana ke akaun dan daripada akaun OANDA anda.